Protokol Internet (TP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam pernghantaran data antara komputer.
Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket. Ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebgainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan dimana paket dihantar Protokol Internet(IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer melalui internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui satu satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama lebih lambat daripada paket kedua.
TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis.
1. Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP) mengendalikan penterjemahan dari data
menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikan melalui Internet dan
diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkan kembali paket
ke data yang asal.
2. Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP)mengawal alamat IP dari setiap paket sehingga sampai ke tempat yang dituju
dengan betul. Setiap komputer perlu mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan
alamat IP yang unik, komputer yang berada dalam Internet boleh dikenali tanpa
mengira di mana komputer tersebut berada.
No comments:
Post a Comment